JOHANNESBURG: Sepuluh orang terbunuh selepas lelaki bersenjata menyerbu dua pekan di wilayah Cape, Afrika Selatan, menurut polis pada Khamis.
Kes pertama berlaku kira-kira 8 malam Rabu di pekan Bityi apabila lelaki bersenjata menyerbu sebuah rumah dan membunuh tiga orang, lapor Agensi Anadolu.
Pihak berkuasa berkata kes kedua berlaku hampir tengah malam apabila lelaki bersenjata memasuki pekan Qunu dan melepaskan tembakan ke arah tujuh orang.
Mangsa yang maut termasuk empat lelaki dan tiga wanita berusia antara 32 dan 46 tahun, menurut polis.
Jurucakap polis Tembinkosi Kinana berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan pihak berkuasa sedang memburu suspek dalam kedua-dua kes berkenaan.
Pada Ahad lepas lapan orang terbunuh apabila dua lelaki bersenjata memasuki sebuah rumah di wilayah yang sama dan menembak tetamu secara rawak pada majlis hari jadi.
Kes tembakan besar-besaran kini semakin kerap di Afrika Selatan dengan purata 70 orang dibunuh setiap hari sejak April hingga Jun 2022, menurut statistik jenayah negara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 03 2023
Sepuluh orang terbunuh selepas lelaki bersenjata menyerbu dua pekan di wilayah Cape, Afrika Selatan, menurut polis pada Khamis. - Gambar hiasan
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Mei 2024.
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Tumpuan Selasa –21 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
Suami bakal jalani pembedahan esok, Siti Noraida mohon doa orang ramai
Tiada apa diharapkan selain titipan doa orang ramai agar suami tersayang kembali pulih dan meneruskan kehidupan harian seperti sediakala.
Dua maut, lapan cedera ditembak ketika sambutan tahun baharu di Los Angeles
Seramai dua orang terbunuh manakala lapan lagi dirawat di hospital selepas kejadian tembakan ketika Sambutan Malam Tahun Baharu di sini pada Isnin, lapor Xinhua.
Insiden Siam Paragon: Thailand semak semula undang-undang kawalan senjata api
Pihak berkuasa Thailand akan mengkaji semula semua undang-undang berkaitan penggunaan senjata dan pemilikan.
Tiga cedera dalam insiden tembakan di karnival musim panas di Rotterdam - Laporan
Dua kejadian tembakan berlaku di karnival tahunan musim panas di Rotterdam, dengan satu daripada insiden menyebabkan tiga orang cedera termasuk penyerang.
Dua maut, lima cedera dalam kejadian tembakan di luar restoran di Tennessee, AS
Dua maut dan lima lagi cedera dalam kejadian tembakan di luar sebuah restoran di Memphis, Tennessee.
3 maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di Universiti Michigan
Tiga maut manakala lima lagi cedera dalam kejadian tembakan di kampus Michigan State University pada malam Isnin.
10 terbunuh dalam dua kejadian tembakan di Afrika Selatan
Sepuluh orang terbunuh selepas lelaki bersenjata menyerbu dua pekan di wilayah Cape, Afrika Selatan, menurut polis pada Khamis.
Lima maut, lima cedera dalam kejadian tembakan di Georgia
Sekurang-kurangnya lima orang termasuk seorang pegawai polis, terbunuh dan lima lagi cedera pada Jumaat dalam satu kejadian tembakan di timur Georgia, menurut pihak berkuasa.
283 maut dalam tempoh 3 hari, kes pembunuhan di Mexico terus meningkat
Mexico mencatatkan 283 kes pembunuhan dalam tempoh tiga hari lepas, menurut pihak berkuasa pada Isnin.
Dua terbunuh, satu cedera dalam kejadian tembakan di Maktab Tentera Diraja Thailand
Dua anggota tentera maut manakala seorang cedera selepas ditembak dalam kejadian di Maktab Tentera Diraja Thailand di daerah Dusit, Bangkok, hari ini.